Servis Buatkan Website Untuk Owner Kedai Fizikal
logo

Kami Buatkan Website Kedai Anda Sampai Siap.
Tak perlu pening kami susun info  sampai settle.

Orang Google boleh jumpa, terus klik WhatsApp, terus datang kedai.

  • Siap 1 halaman (standard kedai fizikal)
  • Ada Google Maps + WhatsApp button
  • Mobile-friendly (cantik di telefon)
  • Siap dalam 3–5 hari bekerja

Tahun 2026, pelanggan cari kedai guna telefon.
Kalau kedai tak ada website, pelanggan anggap “kedai ni macam tak wujud”, walaupun kedai buka tiap hari.

Dan yang paling sakit…
Ramai peniaga dah ada follower TikTok/Shopee, tapi bila view drop, fee naik, akaun kena limit… bisnes terus tersekat sebab semua bergantung platform orang.


SAYA TAK ADA MASA

Ini normal. Bukan semua owner kedai ada laptop, masa, atau tenaga nak hadap teknikal.
Sebab tu servis Buatkan Website Untuk Anda ni wujud — supaya asas digital kedai siap cepat, tanpa anda perlu belajar benda rumit.

 


KAMI BUATKAN

Servis ini untuk owner yang nak website siap, bukan nak pening.

Kami akan siapkan website ringkas yang cukup untuk:
✅ Orang Google boleh jumpa kedai
✅ Pelanggan boleh terus WhatsApp
✅ Pelanggan nampak info kedai yang jelas (waktu, lokasi, servis)

 


APA YANG TERMASUK
(Do-It-For-You Standard)

DFY Website Standard (RM399 one-off) termasuk:

  1. Website 1 halaman (struktur kemas)
  2. Tajuk + penerangan kedai
  3. Servis/menu utama
  4. Waktu operasi
  5. Lokasi + Google Maps embed
  6. Butang WhatsApp (click to chat)
  7. Mobile-friendly + basic layout yang clear

WEBSITE TAK PERLU FANCY

Website ini bukan untuk nampak “high-tech”.
Ini untuk pastikan kedai wujud secara digital dengan betul dan pelanggan boleh cari + hubungi tanpa fikir panjang.

Kalau anda nak sistem kompleks (e-commerce penuh, multi-branch, app, POS), itu kategori lain.


PROSES KERJA 

Langkah 1: Anda buat bayaran & pilih pakej
Langkah 2: Kami hubungi untuk ambil maklumat kedai (form ringkas)
Langkah 3: Kami bina & susun website ikut maklumat anda
Langkah 4: Kami beri link preview untuk semakan (edit kecil)
Langkah 5: Publish & website live

Tempoh siap: 3–5 hari bekerja (ikut kelengkapan maklumat)


APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN


KENAPA BERBALOI?

Ramai sangka buat website kena upah beribu.
Yang sebenarnya, untuk kedai fizikal, yang penting ialah cukup maklumat & senang dihubungi.

Dengan website yang betul:

  • Pelanggan lebih yakin
  • Senang share link
  • Tak bergantung pada platform orang

Almost Done...

Ramai owner bayar ratus atau ribu ringgit untuk buat website yang sama asasnya.

Kami nak bantu anda ada website sendiri, tapi harganya jauh lebih rendah berbanding kos biasa buat website di luar.

Harga RM999 RM399 ini adalah harga pengenalan,
sebelum kembali ke harga asal.

Jika anda memang ada niat
nak buat website sendiri untuk kedai,
ini masa paling selamat untuk mula
tanpa keluarkan kos besar.


❓ Soalan Lazim (FAQ)

1. Saya tak pandai IT, boleh ke guna servis ni?

Boleh. Servis ini memang dibuat untuk owner kedai yang tak biasa dengan IT. Anda hanya beri maklumat asas kedai, kami yang uruskan selebihnya.

2. Website ni untuk apa sebenarnya?

Supaya kedai anda boleh dijumpai di Google, pelanggan boleh tengok info kedai dan terus WhatsApp tanpa perlu tanya-tanya panjang.

3. Domain & hosting atas nama siapa?

Semua akaun atas nama anda sendiri. Anda pemilik penuh website. Kami hanya bantu sediakan dan pastikan ia berfungsi.

4. Berapa lama siap?

Biasanya 3–5 hari bekerja selepas semua maklumat lengkap diterima.

5. Lepas siap, kalau nak tambah atau ubah macam mana?

Anda boleh urus sendiri, atau tambah servis sokongan jika perlukan bantuan lanjut. Tiada paksaan langganan.

Disclaimer Servis
Servis ini adalah bantuan penyediaan asas website mengikut pakej yang dipilih. Ia bukan jaminan jualan, ranking Google, atau hasil tertentu, kerana prestasi bisnes bergantung kepada banyak faktor seperti lokasi, produk, harga dan cara anda mengurus kedai.

Kami tidak mengurus bisnes harian, iklan berbayar, atau jualan pelanggan kecuali dinyatakan secara bertulis dalam pakej tambahan.

Segala akaun seperti domain, hosting dan akses website akan didaftarkan atas nama pelanggan sendiri. Kami hanya membantu menyediakan dan memastikan website boleh digunakan dengan baik.

Sebarang perubahan besar, fungsi tambahan atau kerja di luar skop pakej asal akan dikenakan caj berasingan dan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum diteruskan.

Dengan membuat bayaran, pelanggan dianggap memahami dan bersetuju dengan skop servis ini.

Note: This site is NOT a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, this site is NOT endorsed by Facebook in any way. Facebook is a trademark of FACEBOOK, Inc.
@Hak Cipta Terpelihara 2025 360Hub.my

Get the coverage you need with our free 'Car Insurance Checklist’.

Please fill all the required fields!
Please accept terms and conditions to proceed
Please wait